May 17, 2012

Cayalah!

Apo yang sama entah. Tahap kekasaran kot? Aku lemah lembut pe. ;D



Sekarang sangat jarang nak on laptop aku kat rumah sebab battery laptop tu dah kena tukar tapi aku tak tukar lagi. Nak pakai wayar charger tu je tak boleh sebab nati dia asyik tertarik je. Sia-sia. -.-

I am now planning something for myself. I know I have to decide. Mom once said that we have to be selfish sometimes for good.


May 03, 2012

Kahwin Tahun Depan Kot.

Suka korang ek bila aku cakap aku nak kahwin.



Bak mai boypren satu! ;D

April 26, 2012

Perasan Cina

Since duduk kat Shah Alam, kalau nak gi mana-mana luar dari sini mesti ada tol. Bila ada tol, kena get ready duit RM1.10, RM1.60, RM2 etc. Seingat aku, bila dekat tol je aku mesti ceria-ceria nak cakap thanks apa semua kat abg handsome dengan kakak cantik yang jaga tol tu. Macam excited sikitlah. Haha.

Bila satu malam tu, excited ni nak bagi duit tol tapi pada masa yang sama tengah borak-borak. Dah bagi duit tiba-tiba terus abang tu cakap,

"sheshe".

Aku pun pandang dia, buat muka pelik and,

"hah???".

Serious aku tak tahu apa yang dia cakap. Aku ingat duit aku bagi tak cukup ke koyak ke. Dia pun tengok aku pelik and cakap dengan agak kuat,

"terima kasih!"

Hahahahaa... Get it? Dah keluar dari tol tu baru aku terfikir. Mungkin dia nak cakap,

"xiexie"

yang maksudnya dalam bahasa Mandarin, terima kasih. Hahahahahaaa.

Aku dah lama tak update gambar kan? Nahhhh!! ;D



Hahahahaa... Okay, bye.

March 08, 2012

Sangap

Masa aku baru semester 1 dekat UTHM, budak bilik aku sorang dari JB and lagi sorang dari Kelantan. Yang Kelantan tu pangkat kakak and budak JB tu sebaya aku and satu kos pun.

Satu hari masa kitorang sembang, tiba-tiba dia cakap macam ni kat aku,

"Ko ni asyik sangap je."

Aku terdiam. And buat bodoh je lah. Dalam hati aku cakap apalah budak ni tiba-tiba je cakap aku sangap. Bila masa aku tengok blue ke apa ke kan (logically). Ikut bahasa yang aku tahu, sangap tu maknanya macam gersang la. Mana aku tak pelik tiba-tiba dia cakap aku macam tu tengah-tengah sembang tu.

Sampailah dah lama lepas tu, kitorang sembang-sembang dengan kawan-kawan lain. Barulah aku tahu yang sangap dalam bahasa orang Johor maknanya menguap. Apa daaa.... Bila aku cakap yang kat tempat aku maknanya lain, kawan aku tu pun sound,

"Patutlah dulu aku cakap sangap ko macam terdiam tiba-tiba. Hahahahaa"

Maunya tak terdiam. Tiba-tiba cakap aku sangap.

=,='

February 15, 2012

Tak Boleh Nak Komen?

Aku baru perasan yang korang tak boleh komen entri aku. Nanti aku betulkan balik. Sekarang mood ke laut. Good night.

Tolong Doakan Dia

Hari ni dah hari rabu dah. Maknanya dah 3 hari kawan baik aku tak sedarkan diri lagi.


Dia kawan aku yang memang sangat baik dengan aku and rapat dengan aku. Masalah dia, masalah aku, kitorang share walaupun tak semua lah boleh share sebab ada limit kan. Last aku jumpa dia ahad lepas. Dia cakap isnin pagi tu dia nak balik Shah Alam sebab nak buat project dia. Semester depan ni semester last dia kat UiTM Shah Alam.

Malam semalam aku keluar makan dengan kawan-kawan aku and diorang bagitahu aku yang Syam accident and sekarang ada kat icu. Jantung aku rasa macam tersentap terus. Syam? Syam mana? Cam? Aku seboleh-bolehnya nak pastikan yang Syam tu bukan dia.

Dia accident petang isnin tu. Kena langgar dengan lori kat Kapar. Dari apa yang sepupu dia bagitahu kitorang, tangan and kaki dia patah. Kulit dia ada yang koyak. Ada darah beku kat kepala. Doktor cakap keadaan dia 50-50. Aku sedih sangat-sangat. Even mak aku pun terkejut sangat bila aku bagitahu sebab dia memang baik.

Aku mintak sangat korang tolong doakan dia cepat sedar and sembuh macam biasa. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan family dia and gf dia. Semoga semua tabah dan dapat doakan yang terbaik untuk Cam.